Batu kristal Gunung Keriang
Tidak perlu terlalu
mengagungkan kristal dari luar negara kerana batu itu juga banyak terdapat di
Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.
BAGI mereka yang meminati barangan perhiasan kristal, Gunung Keriang merupakan tempat paling tepat untuk dikunjungi kerana terdapat lebih daripada 100 jenis batu kristal atau lebih dikenali sebagai 'batu bunga' terdapat di situ.
Lebih unik, terdapat pelbagai bentuk dan jenis batu kristal yang ditawarkan oleh penjual. Ia dipercayai bukan sahaja bertujuan menghiasi ruang tamu rumah, bahkan batu tersebut juga mempunyai rahsia kesihatannya yang tersendiri.
Lebih tepat lagi, batu kristal ini mempunyai unsur tenaga untuk tujuan kesihatan sekali gus memberi kebaikan kepada penggunanya yang menjadikannya sebagai perhiasan di rumah.
Terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar raya Alor Setar, Kedah, pengunjung pasti akan rambang mata kerana terdapat berpuluh-puluh kedai menjual batu kristal pada harga tawaran serendah RM4 hingga RM12,000.
Pengunjung juga mempunyai pilihan sama ada mahu membelinya di gerai biasa atau deretan kedai dan harganya pula bergantung kepada kepandaian pengguna untuk menawarnya dengan pembeli.
Dibuka sejak enam tahun lalu, gerai-gerai di sini memberi rezeki kepada penduduk setempat dengan penjualan batu kristal.
Bagi seorang penjual, Arnida Aziz, 28, batu kristal dari Gunung Keriang dikatakan hidup dan boleh membesar sekiranya dijaga dengan baik dan rapi.
Jika mahu melihat batu kristal itu nampak hidup dan membesar, pembeli haruslah menyembur air ke atas batu tersebut sekurang-kurangnya dua hari sekali bagi menaikkan kilauannya.
"Bukan susah nak jaga, kalau semburannya cukup, maka tidak mustahil ia dapat membesar dengan sempurna dan cantik.
"Kalau nak nampak lebih cantik, letak batu kristal ini di bawah cahaya lampu dan ketika itu, barulah pemilik akan nampak keunikan dan keindahan batu kristal ini," katanya.
Arnida menambah, terdapat pelbagai jenis pilihan warna yang ada di kedai batu kristal miliknya seperti putih, perang hitam dan biru manakala harganya pula sudah pasti berbeza.
"Biasanya, yang putih lebih murah berbanding dengan batu kristal berwarna kerana susah untuk dicari," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penjual, A. K. Lee, 56, pula berkata, orang Cina percaya batu kristal mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
"Orang Cina percaya, batu ini ada 'feng shui' yang baik dan bukan semata-mata untuk dijadikan perhiasan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, kini bukan sahaja masyarakat Cina sahaja yang tergila-gilakan batu kristal, malah orang Melayu juga sudah menyedari kelebihannya.
"Orang Melayu pun dah pandai cari batu kristal dan mereka percaya, ia ada khasiatnya yang tersendiri," katanya. - Bernama
Kristal tarikan Gunung
Keriang
"Cantik, bersinar dan bergemerlapan." Keistimewaan serta
keunikan itulah yang mendorong orang ramai untuk menjadikan batu kristal
sebagai perhiasan sama ada di rumah atau pejabat termasuk menjadi aksesori
wanita yang pentingkan penampilan penuh gaya.
Selain menambah seri, batu kristal juga dipercayai mempunyai unsur
penyembuhan dan 'tenaga' tertentu yang membawa kebaikan kepada pemakainya.
Menyedari nilai komersil batu kristal serta potensi pasaran di
dalam dan luar negara, Gunung Keriang yang terletak kira-kira lapan kilometer
dari Alor Setar, kini menjadi tumpuan dan sumber rezeki sesetengah penduduk di
sekitarnya kerana di dalamnya terdapat "harta karun" yang cukup
berharga itu.
batu kristal yang terdapat
di Gunung Keriang mempunyai keunikan yang tersendiri dan mampu menjadi produk
pelancongan yang menjanjikan pengalaman berbeza kepada setiap pelancong.
"Gunung Keriang akan dibangunkan sebagai Gua Kristal kerana
kedudukannya yang terletak dekat dengan Muzium Padi dan Kampung Tradisional
yang memang menjadi tumpuan pelancong.
"Ia akan diperindah dengan lampu hiasan serta pemasangan
sebuah lif untuk membawa pengunjung masuk ke dalam gunung dan melihat sendiri
batu kristal asli yang terdapat di dalamnya,
"Saya harap pembangunan Gua Kristal di Gunung Keriang juga dapat
membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk di sekitarnya, di samping mengusahakan
tanaman sawah padi,
Batu kristal mempunyai pelbagai warna seperti putih, perang,
merah, kuning, hitam dan biru cair. Kristal yang berwarna dikatakan lebih mahal
berbanding batu kristal putih kerana kesukaran untuk mendapatkannya selain
turut jarang ditemui.
Seorang pencari dan penjual batu kristal secara borong kepada
peniaga dari dalam dan luar negeri, batu
kristal juga boleh dikenal pasti jenisnya melalui tiga kategori iaitu, duri
atau dikenali juga sebagai cubung kristal, bunga kristal dan bunga pokok
kristal.
Duri atau cubung kristal dikatakan berbentuk seakan-akan duri yang
bersegi-segi dan sedikit tajam di hujungnya, manakala bunga kristal pula
berbentuk seperti bunga-bunga rumput yang halus yang tumbuh di atas hamparan
permaidani.
Bunga pokok kristal pula mempunyai bentuk seperti pokok yang
tumbuh di atas bukit atau gunung dan berbentuk seakan-akan bunga kubis.
Terdapat juga batu kristal jenis batu tukul, batu kristal air dan
batu kristal batang. Batu tukul berwarna putih dan biasanya saiz batu tukul
agak besar dan mudah ditemui.
Batu kristal air pula berwarna keperang-perangan dan sekali
pandang kilauannya kelihatan seperti air yang mengalir di dinding gua.
Batu kristal batang juga dikenali sebagai batu 'laksek' dan
berbentuk seperti sebatang kayu yang terpacak. Ia mempunyai tiga lapisan warna
iaitu perang cair di bahagian bawah, perang muda di bahagian tengah dan perang
pekat di bahagian atas sekali.
Batu kristal 'hidup'
Batu kristal yang terdapat di Gunung Keriang dipercayai yang
terbaik dan dikatakan 'hidup', malah jika dijaga dengan baik dan diletakkan di
tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dan berkilau terutama apabila terkena cahaya
lampu.
"Batu kristal yang hidup mengambil masa agak lama untuk
tumbuh. Kadang-kadang memakan masa sampai bertahun.
"Yang penting pembeli perlu menyembur air bersih,
seelok-eloknya dua kali seminggu untuk memastikan batu kristal yang sedia
tumbuh, bercambah serta lebih berkilauan,
Katanya, air hujan atau air mineral adalah air yang paling sesuai
untuk disemburkan pada batu kristal untuk memastikannya sentiasa segar kerana
tidak mempunyai klorin seperti air paip.
Sementara itu, pembeli juga dinasihatkan agar menyimpan batu
kristal di tempat yang sejuk dan elakkannya daripada terkena habuk bagi
mengekalkan kilauannya.
Pelancong boleh mendapatkan Batu kristal Gunung Keriang dengan
harga serendah RM4 hingga RM12,000 bergantung kepada saiz.
masyarakat Cina menganggap
batu kristal mempunyai 'feng shui' yang baik. batu itu perlu dijaga dengan
sempurna dan diletakkan di kedudukan yang baik serta selalu dibersihkan agar kilauannya
terpelihara,
Selain itu, batu kristal juga dikatakan baik untuk sistem
pencernaan, melancarkan saliran darah, membantu menguatkan daya ingatan serta
dipercayai dapat mengubati penyakit migrain.
Mencari batu kristal tidaklah semudah yang disangka. Sebelum masuk
ke dalam gua di gunung, pencari batu kristal perlu menyediakan peralatan asas
termasuk guni, penukul dan pahat.
Mereka juga perlu mempunyai kemahiran serta keberanian memanjat
gunung dan ada ketikanya mereka terpaksa memanjat tangga yang disangkut pada
dinding gunung yang curam untuk mendapatkan batu yang cantik dan berkilau.
"Selain kebolehan memanjat gunung, yang paling penting, kita
mesti ada sekurang-kurangnya dua lampu suluh, ini kerana keadaan di dalamnya
terlalu gelap.
Kesabaran dan semangat yang kental juga merupakan antara aspek
penting ketika mencari batu kristal kerana pencari batu kristal terpaksa
merangkak untuk masuk ke dalam terowong yang sempit, dan terpaksa menyusup di
celah-celah dinding gua berbatu yang tajam.
ga'
oleh setiap penduduk di sini amat berharga bagi mereka.Selain itu, penduduk di sini juga turut mencari tahi kelawar untuk dijadikan baja tanaman dan sawah padi.