Gunung
Keriang Lagenda puteri disumpah
GUNUNG
Keriang yang lebih dikenali dengan nama lain 'Mount Caves' adalah satu artifak
pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di
dalamnya. Ia terletak lebih kurang lapan kilometer dari pusat bandar Alor
Setar, ibu negeri Kedah.Gunung Keriang juga dikenali sebagai Bukit Gajah bagi masyarakat Cina. Dengan ketinggiannya yang melebihi 714 kaki, bukit itu dikelilingi oleh pemandangan sawah padi yang menghijau subur.
Asal usul Gunung Keriang ini diambil bersempena dengan cerita mitos yang terjadi sebelum ini. Menurut pendapat orang-orang tua dahulu, gunung ini berasal daripada sebuah kapal yang membawa pengantin diraja iaitu seorang puteri. Akibat keengganan puteri tersebut berkahwin dengan gedembai lalu disumpah menjadi batu.
Dipercayai dalam sebuah gua di sini terdapat serpihan pinggan yang amat banyak, dipercayai kepunyaan tuan puteri.
Menurut penduduk, kawasan ini dahulunya adalah laut. Kawasan ini sekarang telah mengalami proses semulajadi dengan izin dan kudrat Allah SWT.
Bukti yang menunjukkan Gunung Keriang berasal daripada sebuah kapal adalah bersumberkan kepada penemuan tali panjang sebesar lengan yang dipercayai tali sebuah kapal. Tali ini bersambung pada sauhnya yang ikut terkena sumpahan sang gedembai itu.
Terdapat juga batu yang berbentuk serombong kapal yang berlubang atau berongga di tengahnya. Terdapat juga batu-batu yang menyerupai manusia, kelihatan berpakaian seperti pengantin Cina bersanggul lintang. Dipercayai itulah puteri yang terkena sumpahan.
Ada yang mengatakan bahawa gunung ini berasal daripada sebuah pulau yang mengandungi banyak pokok keriang, lalu diberi nama 'Gunung Keriang'.
Tanda-tanda yang menunjukkan gunung ini berasal daripada sebuah pulau berdasarkan kepada terdapatnya kulit-kulit kerang dan kepah di sekitar gunung ini.
Dari segi geografinya, Gunung Keriang terdiri daripada rangkaian bukit-bukit yang terdapat di daerah Kota Setar, Yan dan Kubang Pasu. Antaranya termasuklah Bukit Kodiang, Bukit Choras dan Pulau Kerengga.
Dengan khazanah dari perutnya yang bernilai maka tidak hairanlah kiranya penduduk di sini menjadikan batu-batu di gunung ini sebagai punca rezeki mereka seharian, selain bersawah padi.
Batu-batu dari gunung ini dijadikan sebagai baja untuk penanaman padi sawah. Batu kristal yang lebih dikenali sebagai 'batu bun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan